Awas! Blog Ini Mampu Menjadikan Anda Pembunuh Bersiri

Semasa mula-mula diperkenalkan, timbul sikit kontroversi dan histeria dari beberapa penulis blog kononnya Kontrol Histeria yang dilabel untuk pembacaan homosapien 18 tahun ke atas ini bagi impak dan idea negatif kepada para pembaca. Jadi, sesapa yang rasa mental dia dah rosak atau berniat nak jadi perogol atau pembunuh kejam setelah membaca blog ini, anda dinasihat mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Sebagai salah sorang sahabat maya Khairul Hisyam (founder) yang diajak bersekongkol bersama-sama Lucifer dan Zoul Zombie pada awalnya untuk menghisteriakan blog ini, aku terasa jugak sikit tempias 'air liur' dengan kutukan dan kritikan yang dilemparkan sesetengah pihak yang kurang selesa dengan bentuk 'kegilaan manusia' yang dilontarkan oleh imaginasi beberapa penulis Kontrol Histeria. Tapi untunglah angkatan lunatik Kontrol Histeria sangat sejuk (baca: cool) belaka dalam menghandle masalah-masalah celah gigi camni.

Aku ingat lagi, di awal penubuhan Kontrol Histeria, Khairul terasa jugak cabarannya terutama bab nak menjemput kawan-kawan jadi penulis tetap. Ada juga sebilangan penulis yang nampaknya seperti 50-50 atau kurang yakin nak turut serta, apalagi dengan konsep blog yang mahu menampilkan kisah-kisah perilaku manusia yang di luar batas normal tetapi dalam masa yang sama menolak unsur tahyul dan ke'hantu'an. Bagi aku pula, ini adalah satu cabaran dan pengalaman pertama aku menulis Kispen dalam genre yang semacam ni. Jadi, tak heran la kalau ada penulis yang berasa goyang untuk jadi penulis tetap.

Penggunaan warna pink pada blog dan bukan merah (warna yang normal yang dipilih bagi kebanyakan laman web yang memaparkan unsur gelap, ganas dan ngeri) ada maknanya tersendiri kerana di Kontrol Histeria, kami ingin mengubah persepsi dan minda pembaca ke suatu tahap yang luar dari kebiasaan (normal). Walaupun Kontrol Histeria nampak macam blog perasan ganas dengan kisah-kisah yang dipaparkan, setiap penulis ada gaya penulisan masing-masing. Jadi, korang masih mampu tergelak dengan fiksyen yang dilipur-larakan oleh sesetengah penulis yang bijak menyuntik unsur-unsur humor walaupun dalam adegan yang penuh darah dan kerat-mengerat. Aku tak reti sangat nak mengulas dengan gaya yang mengerikan, jadi kalau korang nak tau lebih mendalam tentang Kontrol Histeria, boleh juga baca di 6ratus6puluh6 atau paling sempoy, korang klik terus http://kontrolhisteria.blogspot.com.

Minda kita selalu saja digula-gulakan dengan kisah kehidupan manusia yang agak klise sama ada kisah benar atau rekaan terutamanya dalam drama tv mahupun layar perak – kau buat baik dapat balasan baik dan kalau kau buat jahat pula, di akhir cerita akan dapat balasan atau hukuman ‘tang-tang’ tu jugak kat dunia ni bak kata sorang kawan yang berasal satu kampung dengan Mat Luthfi. Alah, macam penamat kisah-kisah jenayah drama polis inspektor Galak kat tv. Kau ingat realiti kat dunia ni semuanya indah-indah belaka ke?

Kita mungkin terlupa atau buat-buat lupa. Banyak kes-kes rogol bunuh, mangsa pembunuh upahan, pembunuh bersiri dan jenayah yang di luar perikemanusiaan tetapi si pelakunya masih lepas bebas tersenyum setan. Contohnya, kes arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang diculik dan mati akibat penderaan seksual yang kejam. Ada beberapa suspek yang disoal siasat tapi mana pembunuhnya? Apa kesudahannya? Itu baru salah satu kes domestik. Kalau kes luar negara pula, masih ingat dengan Black Dahlia? Sehingga hari ini pembunuh Elizabeth Short aka Black Dahlia tidak berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman. Ini belum lagi kita sentuh pembunuhan jenis letup-letup orang dan seumpamanya yang melibatkan mereka-mereka yang berprofil tinggi dan orang-orang ternama sebagai suspek. Tapi biasalah, bila ada kes-kes macam ni, sapa berani persoalkan? Ada sokabar berani nak follow-up setiap masa sampai tertangkapnya penjenayah? Akhirnya kes-kes yang tergantung ini senyap camtu jer. Tapi ada korang persoalkan mana penamatnya? Apa pengajarannya? Kenapa penjenayah tak dapat balasan?

Apa yang cuba ditampilkan oleh kebanyakan kisah-kisah imaginasi di Kontrol Histeria adalah menghampiri kegilaan dan keganasan manusia yang benar-benar berlaku di seluruh dunia. Korang mungkin akan berasa puas bila dihidangkan dengan penamat yang sempurna bila menonton kisah-kisah di drama atau filem tetapi tidak di Kontrol Histeria. Bagi aku solutionnya senang saja. Kita semua terdidik dengan agama masing-masing yang percaya dengan balasan Tuhan atas setiap perbuatan atau disebut sebagai hukum karma bagi agama tertentu. Tapi ada sesetengah perbuatan ditangguh pembalasannya oleh Tuhan di Hari Pengadilan kelak. Itu yang aku pegang dan percaya ~ Pengajaran hidup yang tertulis sejak awal lagi.

"Jadi, apa sebenarnya yang kau nak mengarut dalam entry ni?"
Kau rasa?

34 comments:

Lucifer said...

satu

Lucifer said...

yeah!

Lucifer said...

saya minat betul baca blog mereka. Menghiburkan dalam pada masa yang sama saya dapat belajar cara cara untuk menjalani kehidupan dan membunuh hidupan lain.

Lucifer said...

yeeha!

Lucifer said...

tiga

Lucifer said...

dua

zombie said...

Terus terang gua cakap gua tak berapa berkenan blog Kontrol Histeria tu.

zombie said...

Blog tersebut sesat lagi menyesatkan. Tulisan dia menyimpang daripada norma manusia biasa. Tengok lah penulis penulis dia dalam bahagian fail pesakit tu. Tak senonoh langsung semua.

zombie said...

Yang mana duduk luar negara macam Mesir dan Australia tu balik cepat.

zombie said...

Gua akan bawa benda ni kepada pihak SKMM untuk siasatan lanjut. Gua ada syak cerita pembunuhan dalam blog tu ada yang jadi betul betul. Detail kemain cerita! Gua dah report polis. Minta kerjasama semua penulis Kontrol Histeria tidak meninggalkan negara supaya memudahkan siasatan.

eszol raar said...

gua tak puas!


sangat tak puas hati!


apsal tak bgtahu yg org lain juga boleh menyumbang entry dkt situ?

Amira Amair The Poyos said...

blog kontrol poyo takdak ka?
hahahahaha

MATAHARI said...

blog ini membawa kesasatan umat, ana mohon dikaji semuala isiannya.

ghost writer said...

bila gua baca pertama kali gua terbayang peringatan dalam WWE...

"dont try this at home"

atau dalam erti kata lain,jangan nak memandai buat kat kawan ko yang asyik nak cong ko hanya nak mintak rokok sebatang..

gua salute kat korang!

cEro said...

somehow, aku tersenyum lebar baca komen di atas..hahaha

Raihana Izzati said...

k <--comment pendek tanda kool

KHRLHSYM said...

ini.. ini haram!

KHRLHSYM said...

ni semua kesesatan. ini lah dunia akhir zaman ni.

grrrr..

$He dE RedDhoT said...

dh lame xjenguk blog nie..
singgh utk bce entry yg xbpe phm..
*teehee*

NAJ HEBAT said...

durjana si penulis blog.

blog ini membawa kesasatan umat, ana mohon dikaji semuala isiannya.

Al said...

heh!

AkuMuzikFilem said...

cet, beberapa penulis hebat kontrol buat sarka di atas. haha. apa2 pun, aku ada suka gaya penulisan beberapa penulis kat blog korang. ada style. aku baca sampai habis

Lucifer said...

fuh, kaler oren mengancam!

~butterfly~ said...

entri ni?aku rasa ko cuma nak pahamkan pembaca apa itu kontrol histeria...

*terbayang 'criminal minds'

pasai apa tah~

Dark Half said...

@Lucifer
yearghh! gua terhibur dgn aksi lucah oleh luciper

@zombie
aku yakin semua ni berpunca dari sebuah blog lagi iaitu Zine Satu Malam. ada byk dakyah yg tak sehat disebarkan kepada penulis Kontrol Histeria

@eszol raar
sumbangan yg agak sumbang dan disturbing amat dialu-alukan

@chirpy_chummy,br>ni apahal dok buat muka emotikon? *_*

@Amira Amair The Poyos
dah ada blog kontrol poyo. founder dia amira yg tak berapa nak poyo

@MATAHARI
haihhh!ana mohon haji jimbit bawa masalah ni ke parlimen

@ghost writer
keh keh keh. terbaek dari penulis hantu. cong mengecong amalan mulia. apa sgt la setakat sekotak gudang garam. sila pau khrl

@cEro
setakat senyum je tak jadi, cEro. apa kata luahkan kegilaan kau kat sana

@Raihana Izzati
k for kayu betul raihana izzati

@KHRLHSYM
ni lagi sorang konco haji jimbit. haihh..bila nakm insaf ni?

@$He dE RedDhoT
tak paham takpa, haji jimbit x kecik hati aku rasa

@NAJ HEBAT
kajian menunjukkan anda telah bersekongkol dgn pengasas blog ajaran sesat ni

@Al
kau sihat ke tak Mehmet El?

@AkuMuzikFilem
kami juga menjemput sesiapa yg sudi menghantar cerita berbentuk ajaran sesat di sana termasuk kau sekali, AMF

@Lucifer
jyeah! oren itu sgt siuman

@~butterfly~
yup2. kegilaan yg hampir sama dalam siri2 Criminal Minds

syafeika edora said...

aq da lm gak bce2 kt blog tu.. mmg HISTERIA! haha

Dark Half said...

@syafeika edora
takpe la setakat histeria jer..hehe

dysnomia erys said...

what are you trying to convey from this type of writings?

what is the message?

what is the significant?

apa beza menulis cerita lucah bermotif 'konon' mahu menyedarkan pembaca tentang seks bebas dengan menulis cerita pembunuhan dan mengait tentang realiti di luar sana?

and back to my above questions.

apakah tujuan,signifikan,motif dan mesej yang mahu disampaikan?

apakah yang disasar dan diharapkan sebenarnya?

aku percaya semua penulis di sana adalah mereka yang hebat dan matang jadi bersikaplah selayaknya.mungkin istilah 'cool' kurang sesuai digunakan bila melihat pada komen-komen sebelumnya di entri ini yang menggambarkan sikap sinis mempersenda.aku lihat itu sebagai kebudak-budakan dan defensive.

take into account what others have to say dan buka minda melihat logiknya.masyarakat memang 'tipikal dan jumud' tentang banyak perkara,tapi sedikit-sebanyak pendapat mereka tentu ada kebenarannya.

seikhlasnya,aku masih terus-terusan melihat entri yang bersifat mempertahankan diri dengan hujah lemah yang gagal meyakinkan apakah signifikan blog kontrol histeria.

sebelum ada pengulas lain yang bereaksi secara sinis mempersenda terhadap komen aku di sini,aku pesan terlebih-dahulu,sila jangan rendahkan kebijaksanaan anda dengan berbuat demikian.

dan untuk kamu secara peribadi,yakinkah kamu dengan hujah kamu sendiri?menulis dengan kejam tentang kanak-kanak dikerat dan dimakan kemudian memberi komen-komen bergurau-senda memperlekehkan perkara itu akan buat masyarakat sedar dan insaf akan realiti bahawa dunia ini tidak seindah fantasi?

seterusnya sesudah kontrol histeria,penubuhan blog kontrol ejakulasi?

jangan defensive tapi lihat ini dengan sebijak-bijak dan sematang-matangnya.hormat aku mungkin tidak bernilai apa-apa buat gagasan penulis hebat di sana,tapi aku berharap paling tidak aku dapat kekalkan hormat aku kepada 'rakan-rakan blogger' yang aku letakkan sebagai berkaliber selama ini.

masih dengan segala hormatnya,terima kasih.

ziela salih said...

saya nak tumpang komen, tapi bila tengok komen kat atas ni, saya jadi takot.
apepon, saya suka mereka.

Lee Zha said...

erm. baru tau ada yg pnh mnentang. nmpk sgt aku tgl lam gua batu kapor.

M. Faiz Syahmi said...

Salam dysnomia Erys ;

what are you trying to convey from this type of writings?

- Same as other writers want to convey in all their writings. To have readers. Celah mana lagi tak faham? Kau takut sangat orang kampung kau jadi pembunuh? Takut bangsa sendiri lahir ...jadi bangsa pembunuh? Heh. Aku takmau cakap kau ada paranoia, tapi signifkasi realiti yang kau cuba nak sampaikan ni macam tak mahu mengaku yang kau, aku punya abnormaliti imaginasi yang sama.

Aku tahu ramai dalam kalangan pembaca tak boleh terima perincian yang diceritakan. Dalam kes ni, pembaca tak boleh terima penulisan Kontrol Histeria yang terlalu abnormal dan keterlaluan tu. Aku rasa macam.. kau nak persoalkan jugak kenapa orang dewasa tak boleh terima cerita kanak-kanak. Mungkin sebab kematangan diri, rasa tak sesuai tengok cerita kanak-kanak?

Dan ya, Kontrol Histeria memahami. :)

what is the message?

- Mesejnya aku rasa dah berpuluh kali disampaikan. Bunuh, kerat, rogol, cabul, makan daging manusia. Cuba kau tanya soalan ni dekat pembikin filem Cannibal. Mesej apa yang dia nak sampaikan? Orang asli suka makan manusia? Sebab tu memang budaya dia? Cuba kau tanya soalan ni kat pembikin filem The Last House on the Left. Apa yang dia nak cuba sampaikan? Cuba kau tanya soalan ni kat pembikin filem SAW. Atau cuba kau semak filem tanah air yang berkisarkan pembunuhan macam Blok 404 dan Kem 505. Kenapa filem macam ni dah tak wujud kat Malaysia?

Dan ya, sampai sekarang ni pembikin filem Malaysia tak dapat bikin filem-filem bergenre begini disebabkan tapisan FINAS. Yang sentiasa bekerja dengan baik dalam mengekalkan ideologi Tipikal dan Stereotaiptikal fikiran bangsa Malaysia. :)

what is the significant?

- Perbanyakkan karya thriller Melayu. Aku respek kau sebagai seorang yang ada prinsip sendiri. Dan kami cuba mentafsirkan cerita-cerita pembunuhan dengan karya kami. Kau jijik dengan cerita yang dipersembahkan? Kau meluat dengan perkataan yang dituliskan? Mungkin kejujuran kami dalam bercerita buat kau rasa jijik dan muak.

Dan kau fikir Kontrol Histeria akan mencetuskan pula blog-blog baharu macam Kontrol Ejakulasi, Kontrol Masturbasi, Kontrol Meditasi, dan Kontrol Reputasi? Kalau kau jumpa berita yang menceritakan kes pembunuhan macam yang kami sampaikan, cuba khabarkan. Dan kalau ada kawan-kawan yang kau kenal masturbasi dengan cerita-cerita kami macam cerita-cerita MyFirsTime, WebMelayuBoleh dan entah apa-apa lagi cerita lucah lain, cuba khabarkan.

Kami pun nak tahu jugak sejauh mana imaginasi kami diterima masyarakat umum. :)

KRL kaprileader said...

memang suke jg P**** bersiri ni.. haha

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ia laman yang sering menjadi kunjungan aku.biarpun ia nampak agak gila dan di luar normalisasi manusia,aku masih tetap ke ruangan sana.kerana bgi aku biar pun ia kelihatan seperti grene yang agak berat tapi,tetap punya mesej yang tersendiri.

tersirat,mungkin?

setiap cerita punya maksudnya yang tersendiri,aku kira ini kreatif.cukup untuk menjadi bahan makanan otak aku yang sering kelaparan kerana jemu dengan makanan-makanan biasa.

luarbiasa itu hebat!

dan aku tahu,penulis-penulis di sana bukanlah calang-calang orang,kan?

Unknown said...

salam... sy minta jasa baik pemilik blog kontrolhisteria untuk mnjemput sy membaca blog ini. sy sering mmbaca blog ni tp kerana sibuk sy x smpat baca. tapi bile nk baca swmula skarang sy perlu jmputan dari pemilik. harap sy diterima. tq