Lompatan Kuantum Cinta

EZRAAA!!!!!!

Dia dikejutkan dengan sentakan myoklonik buat kesekian kalinya bila cuba melelapkan mata. Seperti biasa, tubuhnya bermandikan cecair kumuhan kelenjar sebaceous. Sudah 3 tahun kejadian itu berlaku tetapi jeritan Nadine seperti menghentak-hentak membran timpaniknya seolah-olah tidak memaafkan atas apa yang berlaku. Dan setiap kali itu juga Ezra meraung mengenangkan tragedi pada jam 1345 tanggal 10 Jun 2013 itu. Nadine terkorban bila keretanya dirempuh lori tangki muatan petroleum ketika cuba melarikan diri darinya. Aku yang bersalah! Akulah penyebab kematiannya!

"Itu namanya takdir. Jangan salahkan diri sendiri". Berkali-kali juga Raphael memberi kata-kata motivasi untuk memujuk Ezra yang semakin pudar warna-warna tenaga aura positif dari tubuhnya.

Ingatan pada hari kejadian masih jelas, seperti visual yang dipaparkan oleh skrin LCD. Dia sengaja melewatkan 3 jam untuk temujanji mereka pada hari itu sempena meraikan hari lahir Nadine yang ke-23. Ada kejutan yang diatur. Ya, cincin platinum bertatahkan batu gem Amethyst ungu yang kini sedang diusapnya. Malang sekali, kejutan bertukar menjadi tragedi yang sangat-sangat dikesalkan.

Ezra melemparkan komik vintaj tahun 1965 bertajuk 'The Time Tunnel' yang terlungkup di atas dadanya ke lantai. Impian manusia menjelajah dan meneroka dimensi ruang dan masa itu bukanlah sesuatu yang baru. Malah sudah beberapa lama manusia memikirkan tentangnya. Kedengaran sangat mustahil. Tapi yang mustahil bisa saja menjadi kenyataan. Lihat saja kemampuan manusia menembusi ruang exosfera sehingga berjaya menjejakkan kaki ke bulan. Kalau betul-betullah Project Tic-Toc seperti yang dikisahkan oleh penulis komik itu mampu direalisasikan, tentu kehidupan manusia bertambah baik fikirnya. Atau mungkin saja lebih buruk kerana manusia mampu mengubah takdir, sejarah dan masa depan.

"Aku yakin aku akan berjaya kali ni."

"Ini semua kerja gila, Ezra. Suicidal! Kajian tentang lompatan kuantumyang berkait rapat dengan evolusi masa dalam mekanik kuantum itu hanya teori semata-mata."

"Yup, sebab ia suatu teorilah aku nak menjadi manusia pertama yang merealisasikannya. Tu pasal la aku gabungkan penggunaan Triklorophan ni sebagai pemangkin. Aku percaya bila kita dapat wujudkan penghasilan gelombang alpha yang aktif pada fasa tertentu semasa proses luar sedar, tindakbalas cas elektrik yang dialirkan ketika pengaktifan gelombang ini dapat mencetuskan suatu dimensi yang membolehkan lompatan kuantum yang menembusi ruang dan masa"

"Dadah yang kau nak gunakan pun masih tak terjamin tahap keselamatannya. Pengubahsuaian struktur molekul kimia yang kita buat tu belum stabil. Lagipun kita baru eksperimen pada lembu je kot"

"Tapi lembu tu lenyap kan? Hahaha!!"

"Betol lenyap, tapi bila lembu tu muncul balik ke sini, dah jadi bangkai hangus. Apa yang kau nak buat ni sangat berisiko tinggi. Kalau kau dapat kembali ke masa lepas dan selamatkan Nadine sekalipun, tak mungkin dia dapat dihidupkan semula. Aku tetap percaya takdir takkan berubah dengan cara yang macam ni. Kau banyak sangat terpengaruh dengan filem!"

Ah, lantaklah. Peduli apa dengan takdir. Bagi Ezra, takdir hidupnya tak pernah menjadikan rasa bahagia itu kekal sehingga ke hujung nyawa. Bila saja mencapai sesuatu klimaks, tiba-tiba saja zon selesa itu direntap. Bukan dia seorang saja yang mengalami fasa anti-klimaks seperti ini, tetapi rata-rata manusia sudah melaluinya. Kalau Tuhan itu Maha Penyayang, kenapa derita yang Dia takdirkan? Adakah Tuhan mahu mencabar keupayaan sel-sel neuron otak manusia itu bertindakbalas atau ini hukuman untuk manusia yang jarang mengucap rasa syukur?

Kalau saja memori dalam sistem limbik manusia mampu dipadam dan dibina semula, mahu saja dia lakukan. Re-set lagi dan lagi bila dicampak keluar dari zon selesa. Mungkin, ini semua kemungkinan yang tidak mustahil, sama halnya seperti impian manusia mendarat di bulan. Ya! Ezra yakin semuanya mampu direalisasikan dengan keberanian, kesungguhan dan usaha yang infiniti. Tapi tak mungkin memori indah bersama Nadine itu mahu dipadam (jika boleh sekalipun) kerana nilai cinta baginya bukan semurah dan semudah mendapatkan nyawa baru dengan menekan butang restart seperti yang biasa dilakukannya semasa bertarung di medan permainan elektronik.

"Mulakan! Kalau kau anggap aku sahabat kau, ini permintaan pertama dan terakhir dari aku!", jerit Ezra.

Tiub IVF dengan cairan Triklorophan mula mengalir ke segenap kapilari darah. Tubuh Ezra kini diapungkan dalam tangki yang berisi sejenis cairan elektrolit dengan beberapa port yang disambungkan dengan wayar-wayar ke Tujuh Cakra tubuh. Suhu badannya mula menurun.

Raphael memejamkan matanya. Dengan hati yang berat, ditekan papan kekunci itu. Enter.

Dia terasa seolah-olah tercampak ke dalam suatu kitaran lohong yang tak berpenghujung lalu tersentak bila dirasakan sejenis cecair menerpa sejuk membasahi lapisan epidermisnya. Nadine meletakkan gelas selepas mencurahkan isinya ke muka Ezra. Dia berlari keluar dari restoran sambil menekup muka. Jam di tangan menunjukkan masih ada 85 saat sebelum berlakunya kemalangan ngeri itu. Ezra meluru pantas mendapatkan Nadine sebelum dia sempat melangkah masuk ke dalam kereta.

"Maafkan saya, saya lambat sebab saya mahu mengakhiri hidup ini bersama-sama kamu". Lantas cincin dengan kemasan Amethyst kesukaan Nadine diseluk dari dalam saku seluar jeans lusuh lalu disarungkan ke jari manis bakal surinya. Ketika itulah satu senyuman yang dirasakan paling manis terukir di bibir mungil seksi itu. Ezra mengucup gadis itu sepuasnya lalu memeluk erat bila sebuah lori tangki yang terbabas merempuh mereka berdua.

Jangan Panik!

Shit on you. We just got fucking killed like a plain stoopid suicide!, marah arwah Barbados kepada Luciano dalam bahasa Inggeris loghat daerah Alabama ketika beg mayat berisi mereka berdua diangkut ke atas Black Maria.
****
Keduanya adalah perompak yang disegani di kalangan penjenayah di bandar Haslem. Mereka tidak pernah tertangkap. Gaya mereka yang sentiasa tenang dan cool semasa melakukan rompakan menjadi idola kebanyakan perompak-perompak lain. Semuanya bermula bila suatu hari Luciano membawa balik satu barang baik untuk ditunjukkan kepada Barbados. Ia adalah sejenis Reverse A 45 Caliber.

Modus operandi: pilih lokasi rompakan, purak-purak cuai, JANGAN PANIK dan biarkan senjata dirampas mangsa.

Luciano dan Barbados bangga dengan hasil rompakan bersenjatakan senjata aneh itu. Ramai mangsa rompakan mati tertembak diri sendiri semasa melepaskan tembakan ke arah mereka berdua. Keh! Keh! Keh!

Sehinggalah suatu hari yang agak panik,
POLIS! KORANG TELAH DIKEPUNG! MENYERAH!

BANG! BANG! BANG!
Inspektor Galak masih terkebil-kebil kehairanan melihat dua mayat perompak di hadapannya. Tetapi pistol di tangannya tidak berasap.

Awas! Blog Ini Mampu Menjadikan Anda Pembunuh Bersiri

Semasa mula-mula diperkenalkan, timbul sikit kontroversi dan histeria dari beberapa penulis blog kononnya Kontrol Histeria yang dilabel untuk pembacaan homosapien 18 tahun ke atas ini bagi impak dan idea negatif kepada para pembaca. Jadi, sesapa yang rasa mental dia dah rosak atau berniat nak jadi perogol atau pembunuh kejam setelah membaca blog ini, anda dinasihat mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Sebagai salah sorang sahabat maya Khairul Hisyam (founder) yang diajak bersekongkol bersama-sama Lucifer dan Zoul Zombie pada awalnya untuk menghisteriakan blog ini, aku terasa jugak sikit tempias 'air liur' dengan kutukan dan kritikan yang dilemparkan sesetengah pihak yang kurang selesa dengan bentuk 'kegilaan manusia' yang dilontarkan oleh imaginasi beberapa penulis Kontrol Histeria. Tapi untunglah angkatan lunatik Kontrol Histeria sangat sejuk (baca: cool) belaka dalam menghandle masalah-masalah celah gigi camni.

Aku ingat lagi, di awal penubuhan Kontrol Histeria, Khairul terasa jugak cabarannya terutama bab nak menjemput kawan-kawan jadi penulis tetap. Ada juga sebilangan penulis yang nampaknya seperti 50-50 atau kurang yakin nak turut serta, apalagi dengan konsep blog yang mahu menampilkan kisah-kisah perilaku manusia yang di luar batas normal tetapi dalam masa yang sama menolak unsur tahyul dan ke'hantu'an. Bagi aku pula, ini adalah satu cabaran dan pengalaman pertama aku menulis Kispen dalam genre yang semacam ni. Jadi, tak heran la kalau ada penulis yang berasa goyang untuk jadi penulis tetap.

Penggunaan warna pink pada blog dan bukan merah (warna yang normal yang dipilih bagi kebanyakan laman web yang memaparkan unsur gelap, ganas dan ngeri) ada maknanya tersendiri kerana di Kontrol Histeria, kami ingin mengubah persepsi dan minda pembaca ke suatu tahap yang luar dari kebiasaan (normal). Walaupun Kontrol Histeria nampak macam blog perasan ganas dengan kisah-kisah yang dipaparkan, setiap penulis ada gaya penulisan masing-masing. Jadi, korang masih mampu tergelak dengan fiksyen yang dilipur-larakan oleh sesetengah penulis yang bijak menyuntik unsur-unsur humor walaupun dalam adegan yang penuh darah dan kerat-mengerat. Aku tak reti sangat nak mengulas dengan gaya yang mengerikan, jadi kalau korang nak tau lebih mendalam tentang Kontrol Histeria, boleh juga baca di 6ratus6puluh6 atau paling sempoy, korang klik terus http://kontrolhisteria.blogspot.com.

Minda kita selalu saja digula-gulakan dengan kisah kehidupan manusia yang agak klise sama ada kisah benar atau rekaan terutamanya dalam drama tv mahupun layar perak – kau buat baik dapat balasan baik dan kalau kau buat jahat pula, di akhir cerita akan dapat balasan atau hukuman ‘tang-tang’ tu jugak kat dunia ni bak kata sorang kawan yang berasal satu kampung dengan Mat Luthfi. Alah, macam penamat kisah-kisah jenayah drama polis inspektor Galak kat tv. Kau ingat realiti kat dunia ni semuanya indah-indah belaka ke?

Kita mungkin terlupa atau buat-buat lupa. Banyak kes-kes rogol bunuh, mangsa pembunuh upahan, pembunuh bersiri dan jenayah yang di luar perikemanusiaan tetapi si pelakunya masih lepas bebas tersenyum setan. Contohnya, kes arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang diculik dan mati akibat penderaan seksual yang kejam. Ada beberapa suspek yang disoal siasat tapi mana pembunuhnya? Apa kesudahannya? Itu baru salah satu kes domestik. Kalau kes luar negara pula, masih ingat dengan Black Dahlia? Sehingga hari ini pembunuh Elizabeth Short aka Black Dahlia tidak berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman. Ini belum lagi kita sentuh pembunuhan jenis letup-letup orang dan seumpamanya yang melibatkan mereka-mereka yang berprofil tinggi dan orang-orang ternama sebagai suspek. Tapi biasalah, bila ada kes-kes macam ni, sapa berani persoalkan? Ada sokabar berani nak follow-up setiap masa sampai tertangkapnya penjenayah? Akhirnya kes-kes yang tergantung ini senyap camtu jer. Tapi ada korang persoalkan mana penamatnya? Apa pengajarannya? Kenapa penjenayah tak dapat balasan?

Apa yang cuba ditampilkan oleh kebanyakan kisah-kisah imaginasi di Kontrol Histeria adalah menghampiri kegilaan dan keganasan manusia yang benar-benar berlaku di seluruh dunia. Korang mungkin akan berasa puas bila dihidangkan dengan penamat yang sempurna bila menonton kisah-kisah di drama atau filem tetapi tidak di Kontrol Histeria. Bagi aku solutionnya senang saja. Kita semua terdidik dengan agama masing-masing yang percaya dengan balasan Tuhan atas setiap perbuatan atau disebut sebagai hukum karma bagi agama tertentu. Tapi ada sesetengah perbuatan ditangguh pembalasannya oleh Tuhan di Hari Pengadilan kelak. Itu yang aku pegang dan percaya ~ Pengajaran hidup yang tertulis sejak awal lagi.

"Jadi, apa sebenarnya yang kau nak mengarut dalam entry ni?"
Kau rasa?

Budak Welding: Aku Nak Berenti Kerja

Baca dari mula

...Aku membelasah tauke dengan besi hollow tersebut hingga dia mati. Berdecap-decip jugaklah bunyi leher dia masa aku bantai kat situ dulu kasi dia berenti menjerit. Sibbaik bengkel ni terletak jauh ke dalam kampung. Dan saat ni takde orang di sekeliling. Aku cuak. Aku panik. Tapi dalam kesemua keterujaan itu, aku puas hati.

Aku heret bangkainya ke dalam bengkel. AKu dah ada plan untuk halhal sebegini. Mulamula, Aku ambik grinder dan tukar ke mata potong zink. Aku masukkan bangkai tadi ke dalam tong drum spare untuk besi terpakai. Aku buat kerja pemotongan kat dalam tu. Terpercik jugaklah darah kat muka tapi kira OK lah dari bersepah kat dalam bengkel. Aku potong kecik-kecik. Lepas tu, aku masukkan setiap bahagian itu ke dalam plastik sampah dan masukkan plastik-plastik sampah tu ke dalam guni besar. Senang nak menghangkutnya.

Untuk lupuskan bahan bukti, aku kena naik keta lain. Takleh naik keta sendiri. Untuk itu, skil mencuri kereta yang aku dapat masa jadi penjual sistem keselamatan kereta dulu tu amat berguna. Aku curi satu 4WD. Hilux la, baru cool.

Perjalanan ke tempat pelupusan pun sekejap ajer. Setelah mengheret guni itu sejauh seratus meter ke dalam semak di tepi jalan yang sunyi, aku nak bukak guni nak masukkan aluk yang ada telur lalat. Masa aku tengah sibuk sibuk tu, aku terdengar bunyi soksek kat belakang. Aku berenti kejap dan ushar line.

Aku nampak ...
Ada orang tengah beromen. Cepat-cepat karung berisi mayat tauke, aku sembunyikan cecelah semak. Dengan senyap dan pantas aku merakam aksi senggama mereka dengan henpon cap ayamku. Lama lah jugak, dalam 15 minit. Aku dah tak sanggup tunggu lagi. Selagi mayat ni tak dibereskan, selagi tulah aku tak senang duduk.

"Hoi budak! Takde tempat lain ke nak buat anak?", sergah aku. Kelam-kabut bebeudak tu mengcover tubuh bogel mereka. Budak lelaki yang nampak cam baru lepasan SPM tu cepat-cepat menyarung jeans yang sengaja dikoyakkan di lutut. Awek cainis look yang berselindung di belakangnya nampak cuak.

"Lu pehal? Dah lama hidup?", jerit budak tu.

Babi betul... melawan!

Hiiiii... budak ni...Kalau ikutkan hati amarah aku yang blom reda lagi nih, mau terbunuh gak kang bebudak ni di tangan aku.

"Budak! Kau nampak ni?", kataku sambil playback aksi lucah mereka di LCD skrin henpon. By this time, pasangan remaja tu dah mula gelabah tak tentu arah.

"Sess...ssori, bro! Mintak ampun, lain kali kami tak buat lagi"

"Kau ingat arr...any time je aku boleh upload kat youtube. Muka korang nampak clear lagi. Jangan bagi aku jumpa korang lagi kat sini! Dengar?"

"Ddd..dengar, bang. Fff..faham. Tolong jangan upload kat youtube"

"Dah, blah la woi!", jerit aku.

Bebudak dua ekor tu cam lipas kudung meninggalkan semak di tepi jalan yang sunyi tu. Aku meneruskan operasi pelupusan mayat...

A) Cahaya bulan terang (...disambung oleh Karl of Sayap Exodus)

Sumber gambar: google kecuali gambar 1st.