Masterpiece Mutakhir

Bayu malam mula menjilat embun pagi. Adi Tri masih duduk berteleku di studio skulptur. Kontang ilham. Juga kemarau yang panjang. Siswa tahun akhir seni halus itu mahu mencipta identiti. Dia mahu berdiri dengan signatur Adi Tri. Bukan merekacipta sesuatu mahakarya yang jelas dibayangi atau hanya imitasi pengukir arca gotik idolanya, Bayu Utomo Radjikin. Tapi arca yang bagaimana? Dia hanya ada Olga. Itupun cuma kepala.

Pemain mp3 dimainkan secara loop dengan volum yang sedang-sedang enak alunan melodi Quelqu'un m'a dit. Suara manja sensual Carla Bruni menyusup segenap ruang studio yang samar-samar dilontar cahaya mentol kuning. Wajah Olga ditenung dalam-dalam. Kepala yang diukir dengan jemari berbakat kurniaan ilahi itu jelas kelihatan realistik- walaupun telinganya hanya baru sebelah terbentuk. Mahu saja dicumbu semahu-mahunya bibir giur Olga yang masih lembab. Dengan harapan roh ditiup masuk bersama rengus desah akar berahi yang mula liar menjalar saraf-saraf sensitif bahagian tubuhnya. Ah! Tidak mungkin aku mampu menjadi seperti Pygmalion. Itu hanya ceritera dewa-dewa khayalan Greek, dia bergumam sendiri.

Hari ini masuk hari ke tiga ratus tiga Silvia pergi memutuskan ikatan filantropi yang bakal genap tiga tahun lagi dua hari. Semuanya gara-gara fokus luar biasa yang ditumpukan pada Olga. Ini komitmen untuk kerja kursus tahun akhir. Tapi Silvia semacam tidak mahu mengerti. 'Sangap tahap gaban' katanya. Tapi Adi Tri takkan mungkin melampias nafsu libido masing-masing di atas meja kerja studio itu lagi. Tiga kali kantoi berserta amaran keras dari Dekan sudah cukup mencalarkan sedikit, kalau tak banyak pun purata gred kumulatifnya.

Olga ditenung acap kalinya dengan tenungan arjuna 'air naik kepala'. Batang keluli setinggi 160 sentimeter yang sudah siap dibentuk dengan lengkungan anatomi seorang hawa didirikan di tengah-tengah studio. Palitan demi palitan adunan tanah liat berpolimer disalut dan dipalut membentuk batang tubuh perawan yang sangat mencanakkan syahwat. Dari hujung rambut,mata, hidung, telinga, leher dan ahh..dada. Dua biji bebola tanah liat ditonyoh masuk ke dua batang besi yang terjojol keluar dari kerangka anotomi untuk menampung payu dara yang agak spektekuler saiznya, 42D. Ah! Ah! Ah!

Adi Tri dapat merasakan adik jantannya, Dimitri yang sekian lama bermastautin di sebalik bokser kelabu tahi anjing itu semakin galak berereksi. Tangannya semakin laju mengukir binaan arca bahagian tubuh Olga. Struktur vagina idaman mula dibentuk hasil rengkuhan imaginasi liar tanpa limitasi. Spatula enkaustik dibenam ke celahan kelangkang Olga membentuk labia majora minora. Dikikis, diusap, diuli menyerupai klitoris lalu ditebuk liang ke pintu lautan asmara. Dijilat-jilat lalu merodokkan lidahnya ke lubang cinta itu denga penuh nikmat. Aneh, rongga vagina itu tiba-tiba berair, melekit, basah. Oh, rasanya aku tak mampu bikin kaki dan tanganmu lagi,Olga. Dimitri sudah hampir terjeluak. Arghhh!!! Adi cuba mengelak dari pancutan pramatang. Dia harus segera! Kepala Olga yang siap berwajah eksotik ala Björk Guðmundsdóttir itu - PLOP! dicucuk ke pangkal binaan kerangka yang sudah lapan puluh peratus menyamai homosapien. Bibir mungil Olga dikucup rakus. Tidak semena-mena satu kehangatan mula terasa menghembus balas ke pipinya. Haba mula dirasa menyelusuri segenap anatomi yang pada asalnya dingin kaku.

"Olga?". Adi Tri kaget. Ini memang suatu keajaiban yang terindah!

Olga hanya tersenyum manja. Sungguh realistik sekali senyuman itu walaupun tangan dan kakinya belum siap dibikin.

"Syyyhhh... ini rahsia kita, sayang! Ayuh tujahkan Dimitrimu ke lubang cinta!"

"Akhirnya aku berjaya! Masterpiece mutakhir dari Adi Tri! Yearghhhh!!!"

Di pagi buta itu dia hanyut dalam lautan berahi psikedelik. Terlalu luarbiasa nikmatnya sehingga dia terdampar kelelahan. Terima kasih Olga, bisiknya ke telinga Olga yang baru terhasil sebelah kiri.

****

"Woiii!!! Bangun! Apa dah jadi dengan kamu, Adi?", lelaki menghampiri usia separuh abad itu hangus dada. Siapa lagi kalau bukan penyarah kanan fakulti Seni Halus.

Dia tercengang. Cubaan untuk bangun terasa begitu berat sekali. Seperi ada sesuatu yang menghempap tubuhnya. Adi menguis-nguis kelopak mata dengan tangannya. Kotak fikir terasa kosong. Masih kabur dengan apa yang sedang berlaku.

"Lepas ni kamu tolong kemas barang dan berambus. Saya terpaksa gagalkan kamu tahun ini, Adi! I had enough of you".

Adi yang pada mulanya termangu-mangu kini hanya mampu sebik menahan kesal. Dimitri kebanggaannya masih terkonek rapat ke rongga vagina arca tanah liat yang sudah mengeras. Dia cuba menarik Dimitri keluar tetapi usahanya sia-sia saja.

"Olgaaaaa!!!"

Peace, Love, Empathy

Gua ingat lagi tarikh keramat tu. Tanggal 5 April 1994. Kalau dipikir-pikir balik, memang rabak hati gua. Apa? Lu orang ingat gua rabak sebab Courtney mampos? Boleh jalan la, anjing betina! (baca: bitch). Sepatutnya hari tu jadi suatu hari yang paling bersejarah dalam hidup gua. Peluru hidup tu sepatutnya terbenam ke medula oblongata gua, bukan dia. Tak pasal-pasal je dia yang femes. Tapi gua?

Nota terakhir itu diakhiri dengan tiga patah perkataan yang gua rasa agak power maknanya lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar. Rumah hijau yang terletak sirka 10 meter dari banglo lama era flower power milik gua dan bini dipilih sebagai lokasi paling cun. Semuanya telah siap seperti yang dirancang. Tiba-tiba...Gila! Haus kejadah time-time macam ni? Lain macam dia punya nafsu dahaga sampaikan gua rasa seluruh isipadu sungai Whiskah mampu dihirup sekali nafas. Peh!

Pintu rumah hijau dikuak. Gua mengheret kaki menuju ke arah belakang rumah. Pintu dapur yang tidak berkunci ditolak lalu dengan rakus peti sejuk dibuka. Sekaton bir cap Lembu Jantan Mengamuk gua sambar buat penghapus dahaga untuk kali terakhir. Senapang patah yang sudah siap berisi peluru hidup gua kepit celah ketiak. Setin, dua tin, tiga tin - settle. Katon yang masih berbaki gua jinjing. Cadangnya nak habiskan kat rumah hijau je. Dengan langkah longlai separa stoned, gua teruskan hajat untuk percutian ke alam barzakh. Baru saja hendak melangkah keluar, gua terdengar seperti rengekan orgasma seorang perempuan birah.

Awek mana pulak yang buat pot berjimak kat rumah gua?

Usha jam di dinding dapur. Kabur. Tonyoh-tonyoh mata. Masih kelabu asap. Tapi gua agak la, dah pukul tiga pagi. Dengan rasa cemas bercampur curiga, gua dekati ke arah datangnya bunyi. Makin lama, makin kuat. Sepertinya dari bilik tidur utama. Tapi Coutney kan dah berlepas ke Chicago? Genggaman senapang patah diperkemas. Tup! Pintu bilik gua terajang.

"Cilakak! Gua ingat lu pergi tour dengan band lu".

Di katil bersaiz raja, Courtney yang bertelanjang bulat bersama teman senggama yang memiliki raut wajah serupa kapal pecah terlopong kebabian. Hati yang dah sememangnya rabak bertukar menjadi sadis. Lalu laras senapang patah gua hala ke arah dua susuk yang nampaknya baru lepas bersenggama ria.

Pong! Pong! Pong!

Hanya dengan tiga das tembakan, dua nyawa melayang. Tak sangka bini gua yang comel lagi seksi itu sanggup berlaku curang. Padan la hati gua selalu je tak tenteram. Air mata jantan gua meluru keluar tanpa kena paksa. Dengan aksi gerak perlahan, muncung senapang gua tujah ke dalam mulut. Mata dikatup rapat tatkala jari mula memetik picu.

Ketik!
Ketik! Ketik!

Babi! Gua dah habiskan peluru!
Panik. Cepat-cepat kesan cap jari dilupuskan. Kesemua jejak gua cover baik punya. Belum sempat pikir pelan B, pintu rumah sudah diketuk orang. Arghh!

Gua lari. Namun percubaan bertemu malaikat maut gagal lagi. Tertangkap juga gua akhirnya semasa cuba membuat terjunan kamikaze di tebing Sungai Whiskah. Tujuh belas tahun dipenjara atas tuduhan membunuh, akhirnya gua dibebaskan. Ini semua gara-gara tiada saksi dan bukti yang kukuh lalu Courtney dan mamat muka kapal pecah disimpulkan sebagai membunuh diri.

Kini dalam usia 45 tahun, siapalah yang pandang muzik grunge yang gua agung-agungkan di era Seattle Sound dulu. Nirvana yang gah suatu ketika pernah diambilalih Frances Bean sebagai vokalis utama. Siapa lagi kalau bukan anak perempuan tunggal gua. Tapi mungkin juga dia tak mewarisi bakat kami berdua , Frances tidaklah segempak emaknya Courtney semasa menganggotai band Hole. Malah Nirvana yang pernah diangkat sebagai The Godfather of Grunge di zaman kegemilangan gua , akhirnya tertiarap ke tanah lalu terkubur. Dilupakan. Malah jarang-jarang disebut dalam lipatan sejarah industri muzik rock sedunia. Frances menghilang bersama teman lelakinya. Tinggallah gua terkatung-katung keseorangan.

Nak bunuh diri pun dah tak guna. Siapa yang pedulik? Silap-silap, mayat gua mereput pun takde orang jumpa. Nak tak nak, gua teruskan juga hidup. Sesekali gua cuba jugak busking di subway atau di kaki lima Java Stop. Tapi mungkin juga penampilan terkini gua yang botak lagi boroi, menyebabkan gua tak dapat cari makan dengan bermain muzik. Malah terpaksa pulak gua mengaibkan diri sendiri dengan mencari makan sebagai penjual seluar dalam peransang syahwat lelaki tajaan sebuah syarikat MLM.
Kesal. Kalaulah rancangan gua berjalan lancar malam tu, tentu gua dah jadi lejen harini.

Nama gua Kurt, lu kenal?